“ Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir”

“Bertukar fikiran tentang ilmu sebahagian daripada malam, lebih disukai daripada berbuat ibadah di malam hari”

“Sesiapa yang memiliki empat perkara itu, dia beruntung iaitu benar, malu, bagus akhlak dan zuhud.” - ABDULLAH IBNU AL-ABBAS

KE MANA SEKOLAH TAHFIZ MAHU PERGI?



Ramai ibu bapa yang inginkan anak-anaknya menghafaz al Quran. Bahkan ibu bapa sanggup membayar dengan harga yang mahal. Kita juga melihat sekolah tahfiz yang tumbuh bagaimana cendawan selepas hujan. Ada tahfiz + pengajian islam, ada tahfiz + akademik, ada tahfiz + aliran sains dan bermacam macam lagi.

Namun sayang, keinginan ibu bapa untuk melihat anaknya menghafaz al Quran sering dikhianati oleh sekolah @ institusi @ sistem persekolahan. Memang ada yang berjaya. Yang berjaya hanya 5 orang dari 100, 10 orang dari 500, 20 orang dari 1000.

Sekolah tahfiz dipengaruhi kuat untuk mengaut keuntungan diatas keinginan ibu bapa menjadikan anak ahli al Quran. Ahli perniagaan dgn caranya, ahli politik dgn caranya, sekolah kerajaan dgn caranya, sekolah swasta dgn caranya. Yang mereka kejar adalah nama. Yang berjaya, dijulang tinggi. Yang hampir keseluruhan gagal, didiamkan. Andai ada yang berjaya, sanggup mengaku itu produknya, sedangkan itu produk dari sekolah lain. Sekolah yang tidak ternama.

Yang menjadi mangsa adalah anak anak.

Kenapa saya menuduh demikian?
Kerana sistem hafazan al Quran telah dinodai dan dizalimi.

Siapa yang menzalimi?
Guru2, pentadbiran dan sistem.

Bagaimana ia dizalimi?
Pelajar hanya mengejar habis muqarrar sekalipun bacaan teruk. Mad asli pun masih buta.
Tiada ulangan hafazan dan tiada tahqiq bacaan.
Sistem peperiksaan pula sengaja dimudahkan untuk menunjukkan prestasi bagus sedangkan hakikatnya sangat memeritkan.
Mereka tidak mahu mengikut kaedah hafazan al Quran yang sebenarnya.

Sahabat-sahabat semua yang pernah menghafaz AlQuran, kini menjadi guru dan penggubal sistem. Nasihat saya, JANGAN JADI PENGKHIANAT ALQURAN!

No comments:

Post a Comment