“ Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir”

“Bertukar fikiran tentang ilmu sebahagian daripada malam, lebih disukai daripada berbuat ibadah di malam hari”

“Sesiapa yang memiliki empat perkara itu, dia beruntung iaitu benar, malu, bagus akhlak dan zuhud.” - ABDULLAH IBNU AL-ABBAS

01 OKTOBER 2016: IJTIMAK MADRASAH TAHFIZ PANTAI BARAT SABAH DI MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU





Najib lawat Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan




Najib lawat Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan



foto: Najib bersalaman dengan pelajar ketika mengadakan lawatan ke Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan, di Membakut. Hadir sama Musa (dua dari kanan) serta Pengerusi Lembaga Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad (kanan). 

Membakut: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa hampir 25 minit melawat Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan, di sini, hari ini.

Beliau yang tiba di madrasah itu pada1.40 petang diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sebaik tiba, Najib meninjau asrama pelajar madrasah sebelum beramah mesra bersama penghuni di Dewan Muhammad Amin Khan, seterusnya memberi amanat kepada pelajar.

Najib berkata, kewujudan madrasah itu mampu memberi manfaat kepada pelajar selain mampu menjadi tahfiz al-Quran yang berjaya.

"Saya doakan adik-adik pelajar menjadi seorang hafiz yang berjaya selain boleh menjadi contoh," katanya.

Terdahulu, madrasah itu dihuni seramai 46 pelajar lelaki berusia antara 13 hingga 16 tahun.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2016 @ 5:17 PM