PERSATUAN RUMAH ANAK YATIM & TAHFIZ DARUL YATAMA YACOB KHAN
P.O.Box 454,Kg.Papas, Jalan Rancangan Mawao, 89728 Membakut, Sabah. No.Tel:087-886101
“ Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir”
“Bertukar fikiran tentang ilmu sebahagian daripada malam, lebih disukai daripada berbuat ibadah di malam hari”
“Sesiapa yang memiliki empat perkara itu, dia beruntung iaitu benar, malu, bagus akhlak dan zuhud.” - ABDULLAH IBNU AL-ABBAS
KELEBIHAN MENGHAFAZ ALQURAN
Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :
•Ganjaran di dunia.
•Ganjaran di akhirat.
•Ganjaran di akhirat.
GANJARAN DI DUNIA
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.
•Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

•Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
•Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

•Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
GANJARAN DI AKHIRAT
•Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

•Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

•Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.
TAWARAN KEMASUKAN KE MADRASAH TAHFIZ DARUL YATAMA YACOB KHAN
✅Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan Membakut Sabah membuka tawaran kemasukan bagi pengajian tahfiz al-quran sepenuh masa bagi sesi 2017 bagi calon yang berkelayakan
🅰SYARAT KEMASUKAN
▶Berumur diantara 10 - 13 tahun
▶Warganegara Malaysia
▶Menguasai bacaan al-quran dengan lancar
▶Berkemampuan membaca dan menulis dalam bahasa melayu dan jawi
▶Berkeinginan menetap di asrama
▶Bersedia mematuhi peraturan madrasah
▶Mempunyai hasrat yang tinggi untuk menjadi seorang hafiz al-quran
▶Sihat jasmani dan rohani ( tiada penyakit kronik/masalah kesihatan yang teruk )
▶Keutamaan diberi kepada calon yang berstatus anak yatim,muallaf dan fakir miskin
▶Lulus temuduga yang ditetapkan
🅱SISTEM PENGAJIAN
🔷Pembelajaran tahfiz sepenuh masa
🔷Pembelajaran asas agama seperti fardhu ain,aqidah,akhlak dan lain2
🔷Kelas pemantapan tajwid dan makhraj
‼KELEBIHAN BELAJAR DI MADRASAH TAHFIZ DARUL YATAMA YACOB KHAN
⏺☆ Tiada sebarang yuran pendaftaran,bulanan dan tahunan ( kos makan dan minum pelajar ditanggung sepenuhnya oleh madrasah )
☆ ⏺Persekitaran madrasah yang kondusif dan bersih serta suasana persekitaran yang aman dan damai
☆ ⏺Kemudahan dan infrastruktur madrasah yang lengkap demi memastikan keselesaan pelajar terjamin
⏺☆ Pemantapan sahsiah dan luhur pekerti yang tinggi diterapkan terhadap pelajar sepanjang sesi pengajian
⏺☆ Penghayatan islam yang menyeluruh dari segenap aspek kehidupan akan diterapkan dalam diri pelajar
⏺☆ Dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman,berketrampilan dan bertauliah yang didatangkan khusus dari Indonesia dan Mesir
🚫JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI,MUNGKIN ANAK ANDA ANTARA YANG MEMPUNYAI PELUANG YANG CERAH UNTUK DITERIMA MASUK DI MADRASAH INI.TIADALAH KERUGIAN YANG MENGUNDANG MELAINKAN KEUNTUNGAN YANG ABADI DUNIA AKHIRAT
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN ❗ 1 DISEMBER 2016
Bersama Merealisasi Hasrat Murni Satu Keluarga Satu Hafiz
Al Hafiz Tonggak Peneraju Ummah Terbilang
❤Sebarang pertanyaan sila hubungi ⚠
1. USTAZ MUADZ - 0109438461
2. Utaz. D'SAFRANI - 01123602204 , 0195303109
KE MANA SEKOLAH TAHFIZ MAHU PERGI?
Ramai ibu bapa yang inginkan anak-anaknya menghafaz al Quran. Bahkan ibu bapa sanggup membayar dengan harga yang mahal. Kita juga melihat sekolah tahfiz yang tumbuh bagaimana cendawan selepas hujan. Ada tahfiz + pengajian islam, ada tahfiz + akademik, ada tahfiz + aliran sains dan bermacam macam lagi.
Namun sayang, keinginan ibu bapa untuk melihat anaknya menghafaz al Quran sering dikhianati oleh sekolah @ institusi @ sistem persekolahan. Memang ada yang berjaya. Yang berjaya hanya 5 orang dari 100, 10 orang dari 500, 20 orang dari 1000.
Sekolah tahfiz dipengaruhi kuat untuk mengaut keuntungan diatas keinginan ibu bapa menjadikan anak ahli al Quran. Ahli perniagaan dgn caranya, ahli politik dgn caranya, sekolah kerajaan dgn caranya, sekolah swasta dgn caranya. Yang mereka kejar adalah nama. Yang berjaya, dijulang tinggi. Yang hampir keseluruhan gagal, didiamkan. Andai ada yang berjaya, sanggup mengaku itu produknya, sedangkan itu produk dari sekolah lain. Sekolah yang tidak ternama.
Yang menjadi mangsa adalah anak anak.
Kenapa saya menuduh demikian?
Kerana sistem hafazan al Quran telah dinodai dan dizalimi.
Siapa yang menzalimi?
Guru2, pentadbiran dan sistem.
Bagaimana ia dizalimi?
Pelajar hanya mengejar habis muqarrar sekalipun bacaan teruk. Mad asli pun masih buta.
Tiada ulangan hafazan dan tiada tahqiq bacaan.
Sistem peperiksaan pula sengaja dimudahkan untuk menunjukkan prestasi bagus sedangkan hakikatnya sangat memeritkan.
Mereka tidak mahu mengikut kaedah hafazan al Quran yang sebenarnya.
Sahabat-sahabat semua yang pernah menghafaz AlQuran, kini menjadi guru dan penggubal sistem. Nasihat saya, JANGAN JADI PENGKHIANAT ALQURAN!
Subscribe to:
Posts (Atom)